1.1 PENGENALAN
“Saya melihat perkembangan yang
positif dalam industri francais di Malaysia dan saya ingin sekali melihat
sistem francais melahirkan lebih ramai usahawan golongan menengah” (Tun Dr
Mahathir Mohamad , 2008). Dalam era ekonomi negara sekarang, ramai usahawan
berminat untuk menceburi industri francais. Ianya mendapat tempat dihati para
usahawan muda mahupun peniaga-peniaga kecil yang baru berkecimpung dalam bidang
perniagaan ini. Secara am, pada dasarnya perkataan francais berasal daripada
perkataan Perancis yang bermakna ‘kebebasan’ atau ‘pengecualian dari cukai’,
(Nek Kamal dan etc, 2007, M. Nurul Hadi, 2015). Akan tetapi walaupun istilah
francais diambil dari bahasa Perancis, namun negara yang mempopularkan sistem
ini adalah Amerika Syarikat. Sejarah perkembangan francais di dunia menjadi
bukti bahawa bentuk francais yang sedia ada pada saat ini merupakan
pengembangan daripada sistem francais yang telah diterokai sejak tahun 1850-an
dan mula berkembang tahun pada 1950-an serta 1960-an di Amerika Syarikat. Latar
belakang dan matlamat daripada sistem ini adalah supaya barangan yang
dikeluarkan oleh satu kawasan dapat diedar dan dijual ke seluruh bahagian
lainnya ( Juajir, 1995, M.Nurul Hadi, 2015).
Bentuk francais pertama yang paling
sederhana adalah format perniagaan yang dipelopori pada sekitar tahun 1850-an
oleh Singer Sewing Machine Company. Isaac Singer sebagai pembuat mesin jahit
memperkenalkan sistem francais untuk mengembangkan dan meningkatkan pengeluaran
mesin jahitnya (Katherine, 1998, M. Nurul Hadi, 2015). Walaupun usaha yang
dilakukannya tidaklah berjaya, akan tetapi ia menjadi orang pertama yang
mengenalkan kepada dunia perniagaan tentang format perniagaan francais ini di
Amerika Syarikat. Namun terdapat pendapat lain yang menyatakan sejarah francais
bermula di Zaman Pertengahan yang mana pemimpin-pemimpin feudal akan memberikan
hak-hak tertentu kepada pihak lain dalam menjalankan beberapa aktiviti seperti
pengangkutan feri, manakala perkembangan francais moden dikesan pada tahun 1845
di Jerman iaitu melalui perjanjian antara pembuat bir dengan pemilik tavern
untuk hak pengedaran eksklusif jenama-jenama tertentu (Miranda (1995), Mohd
Hizam dan Zafir, 2008). Walau bagaimanapun, Industri francais mula menapak dan
berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1940‐an hingga kini dan mempunyai kira‐kira 760 sistem francais yang terdiri daripada pelbagai sektor
telah didaftarkan dengan Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK. Menurut ucapan dari
YB Dato’ Sri Hasan Bin Malik (2015) di Program Francais Komuniti Port Dickson,
daripada jumlah 760 sistem francais itu, sejumlah 7,525 perniagaan francaisi
telah berjaya diwujudkan. Selain itu, kerajaan juga kini giat menggalakkan
perniagaan francais mikro bagi menarik orang ramai terutama di kawasan bandar
kecil dan luar bandar membabitkan diri dalam perniagaan francais.
Menurut Nurli (2012), francais ialah
perkhidmatan yang dimiliki oleh francaisor mengikut amalan dan piawai yang
ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Usahawan yang memilih untuk melibatkan diri
dengan perniagaan francais boleh mengurangkan risiko dalam perniagaan jika
dibandingkan dengan memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan francais, pada
kebiasaannya, sudah terbukti kejayaannya melalui rekod pada kebiasaannya,
perniagaan francaisor. Oleh yang demikian, francaisi dikehendaki membayar yuran
francais dan yuran lain dikehendaki membayar yuran francais dan yuran lain
termasuklah royalti kepada francaisor kerana francaisi akan menduplikasi
keseluruhan sistem francais yang dipunyai oleh francaisor. Terdapat pelbagai
bidang yang diceburi dalam industri francais ini, antara yang paling digemari
oleh usahawan adalah industri makanan dan minuman (F&B), peruncitan,
perkhidmatan, pendidikan, konsultasi, produk kecantikan dan kesihatan,
pelancongan, perhiasan dan banyak lagi. Industri makanan dan minuman menjadi
pilihan utama kerana ianya merupakan suatu keperluan asas dalam kehidupan dan
sudah pasti industri ini tidak akan mengecewakan peniaganya kerana ia akan di
cari oleh setiap orang.
2.1 SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS
PERINGKAT GLOBAL DAN MALAYSIA
McCormick Harvesting Machine Company
dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam
pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun
1850-an. Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran
produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin
keluaran Singer di kawasan pasaran yang eksklusif. Beliau turut memperkenalkan
cara pengedaran yang baharu iaitu pengedar-pengedar yang dilantik mempunyai hak
penjualan yang eksklusif di kawasan pemasaran mereka tanpa diganggu oleh
pengedar-pengedar lain dan mereka dikehendaki membayar royalti atau yuran untuk
memperoleh hak tersebut.
Ini diikuti oleh
General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan
pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais pada tahun 1898. Perkara
ini diikuti oleh Rexall pada tahun 1902 dengan memperkenalkan rangkaian kedai
ubat dan Howard Johnson pada tahun 1926 dengan rangkaian restoran. Kemudiannya,
seorang usahawan terkemuka dari Atlanta Amerika Syarikat, John S. Pemberton
telah menemui ramuan ubat lalu memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya
menjadi minuman ringandan membekalkannya dalam bentuk sirap kepada
syarikat-syarikat pembotolan tempatan Amerika Syarikat. Usaha ini berjaya
mewujudkan satu rangkaian francais minuman yang terbesar berjenama Coca-Cola.
Kejayaan ini telah menjadi pemangkin kepada kewujudan syarikat lain seperti
Pepsi-Cola dan Seven-Up.
Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonalds
oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan
francais. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus
daripada rakyat Amerika telah mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya
sekali dan sekurang-kurangnya 8% daripada mereka sedang atau telah menikmati
hidangan McDonalds untuk hari ini. Lebih separuh daripada penduduk Amerika
tinggal di sekitar 5 kilometer daripada Restoran McDonalds, dan sejak 40 tahun
kebelakangan ini McDonalds telah mengambil 16 juta orang pekerja di mana
akhir-akhir ini syarikat berkenaan telah mengatasi U.S Army di dalam melatih
jumlah belia yang terbesar iaitu hampir 700,000 belia setiap tahun. Meskipun,
perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun
realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua-pertiga daripada jualan
francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Umumnya, perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 70
tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen
minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan. Kaedah pemasaran produk
melalui sistem francais berbentuk format perniagaan diperkenalkan pada tahun
1963 apabila A&W membuka outlet pertamanya di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan kemasukan restoran makanan segera
seperti KFC dan McDonald’s yang mula beroperasi di Malaysia pada tahun 70-an
dan awal 80-an.
Restoran
yang beralamat di Lot 120-120A Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur merupakan
restoran makanan McDonalds yang pertama dibuka di Malaysia yang telah diuruskan
oleh Golden Arches Restaurant Sdn. Bhd. Pada hari tersebut, McDonalds di Bukit
Bintang ini telah memberikan burger Big Mac percuma bagi pelanggan yang pertama
membeli Big Mac pada setiap minggu selama setahun. Selain Big Mac, McDonalds
juga menjual French Fries, Fillet-O-Fish, Milkshake, Apple Pie dan lain-lain.
Namun industri perniagaan francais hanya mendapat perhatian serius pihak
kerajaan dan masyarakat Malaysia pada awal tahun 1990-an. Kini di Malaysia,
kerajaan telah mengenal pasti perniagaan francais sebagai salah satu strategi
yang memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi negara. Sistem perniagaan
francais juga dianggap sebagai salah satu mekanisme yang paling cepat dan
berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan. Sejajar dengan itu,
tidak hairanlah perniagaan ini semakin berkembang di Malaysia.
Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan
perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor
berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan
alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun
dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas,
percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.
3.1 KEPENTINGAN
INDUSTRI FRANCAIS
Industri francais Malaysia telah
berkembang pesat hasil dorongan penggunaan domestik. Pada tahun ini, industri
francais telah menyumbang sebanyak RM23.6 bilion kepada pendapatan kasar
negara. Malah, industri ini bernilai melebihi RM20 bilion setahun dan masih
terus berkembang. Sejak empat tahun yang lalu, ia telah meningkat pada kadar
yang tetap, iaitu di antara 10 hingga 15% setahun walaupun dilanda krisis
kewangan global sejak tahun 2008.
Industri
francais dijangka menyumbang sebanyak 2.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Malaysia pada tahun ini. Ini telah menunjukkan peningkatan kecil
berbanding sumbangan pada tahun lalu, iaitu 2.5% atau pun RM21.48 bilion kepada
KDNK. Sektor ini telah memberi perkembangan yang baik sejak empat tahun lalu
setelah kerajaan memudahkan polisi perniagaan, pelaksanaan yang teliti begitu
juga strategi yang kukuh untuk memperkembangkan sektor ini. Tambahnya lagi,
sehingga Februari tahun ini, kita telah menyaksikan peningkatan di dalam sistem
pendaftaran francais sebanyak 68%, iaitu dari 366 kepada 651 pada tahun 2015.
Menurutnya lagi, daripada 651 pendaftaran, 450 atau 69% adalah francais
syarikat tempatan sementara yang selebihnya adalah francais syarikat
antarabangsa. Beliau turut menyatakan bahawa pendaftaran francais telah
meningkat sebanyak 40% kepada 5,465 sejak tahun 2008. Sumbangan terbesar adalah
dari sektor makanan dan minuman, iaitu sebanyak 34% daripada sistem pendaftaran
francais secara menyeluruh. Ia diikuti segmen pakaian dan aksesori sebanyak
12%, perkhidmatan dan pendidikan yang masing-masing sebanyak 11% serta
kecantikan dan kesihatan pada 10%.Segmen seperti penjagaan kanak-kanak dan
kesihatan mempunyai potensi di dalam pasaran francais, memandangkan masyarakat
kini lebih sedar tentang keperluan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang
lebih baik. Kerajaan mempunyai baki sebanyak RM1 juta daripada skim kredit
mikro yang berjumlah RM8 juta. Jumlah ini perlu diagihkan kepada francaisi yang
berpotensi melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Skim ini telah
diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan pada Julai tahun lalu dengan tujuan untuk membuka lebih banyak
peluang perniagaan, terutama sekali untuk golongan berpendapatan rendah, belia
dan juga sesiapa sahaja yang berminat. Kerajaan telah mengenal pasti faedah
yang dibawa oleh francais, lalu memperkenalkan skim kredit serta insentif cukai
bagi meningkatkan industri ini. Pembentukan Pelan Rangka Perkembangan Francais
Negara merupakan salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan industri ini
dengan lebih jauh. Pelan yang meliputi tempoh selama 10 tahun sehingga tahun
2020 ini telah membentuk haluan industri ini agar ia sejajar dengan agenda
ekonomi negara. Selain menjamin perkembangan industri francais pada kadar
optimum, ia juga menyemai pakar-pakar modal insan bagi sektor francais. Pelan
rangka ini juga mengandungi rancangan untuk mengubah perniagaan melalui
francais, mempertingkatkan daya saingan francais di Malaysia serta menubuhkan
eko-sistem francais yang dinamik. Untuk jangka masa panjang, pelan rangka ini
turut dilengkapi dengan ramalan prestasi industri francais. Ia mensasarkan agar
industri ini mencapai 4.3% dan 9.4% KDNK menjelang 2016 dan 2020. Sehingga
kini, terdapat 603 jenama francais di Malaysia, dan 6,000 francaisi di seluruh
negara. Kebanyakan jenama yang terlibat di dalam industri francais adalah
produk makanan dan minuman, terutama sekali makanan ringan dan pencuci mulut
seperti Tutti Frutti dan Secret Recipe. Old Town White Coffee pula adalah
jenama utama di dalam francais kopitiam, iaitu segmen sub di bawah sektor
makanan dan minuman. Francaisi hanya perlu melabur di dalam jenama yang telah
dicuba dan diuji di dalam pasaran. Ini bermakna mereka mengalami risiko yang
lebih kecil. Francais ke atas jenama yang telah dikenali sudah pasti disertakan
bersama manual operasi dan program latihan, serta panduan daripada francaisor.
Ini menjamin kawalan dan had untuk francaisi bagi mengekalkan standard serta
prestasi konsisten jenama yang telah difrancais. Selain itu, francaisi juga
perlu mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh francaisor, dan ini
merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan industri
francais. Kestabilan juga merupakan kunci untuk menjamin perkembangan.
Memandangkan industri ini masih belum mencapai tahap optimum, ini bermakna
masih ada banyak lagi peluang untuk berkembang maju.
4.1 TAHAP PEMBANGUNAN
INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Menurut Ismail Sabri, walaupun
industri francais negara telah mencapai satu tahap yang membanggakan termasuk
lahirnya jenama-jenama tempatan terkenal yang mampu berkembang ke persada
antarabangsa tetapi industri tempatan masih belum berupaya sepenuhnya untuk
menerokai peluang francais yang sedia ada. "Oleh yang demikian, kerajaan
yakin pelan yang komprehensif penting untuk diwujudkan sebagai arah tuju bagi
menyelaras segala peranan, usaha dan tindakan dalam pembangunan industry
francais di negara ini. Usaha menggubal strategi dan pelan tindakan bagi
menggariskan program dan inisiatif telah berjaya menghasilkan Pelan Induk
Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016 dengan matlamat dan sasaran
yang jelas dan akan melibatkan serta memberi manfaat kepada golongan sasar.
Hasrat PIPFN adalah untuk menentukan semua lapisan masyarakat; peniaga besar
atau kecil-kecilan ataupun bakal usahawan diberi peluang untuk menceburi
perniagaan Francais. PIPFN juga bertujuan memperluaskan fokus dari sektor
tradisional (makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan kecantikan) kepada
sektor baru yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan
Malaysia ke-10 (RMK-10) seperti pelajaran, produk dan perkhidmatan hijau,
pelancongan-kesihatan, produk dan perkhidmatan mematuhi syariah untuk menembusi
pasaran Timur Tengah dan negara Islam serta negara lain yang mempunyai pasaran
berpotensi. PIPFN melibatkan pelbagai kumpulan sasaran termasuk Perusahaan
Kecil Sederhana (PKS), belia, wanita, golongan khas (OKU), pesara dan ramai
lagi. Contohnya, program seperti francais komuniti dan francais mikro
berkelompok diwujudkan sebagai projek perintis bagi memperkenalkan francais
mikro kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta komuniti luar
bandar. "PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri
francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat
Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020.
Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014
dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan
francais. Fasa 2 pula bermula dari 2015 hingga 2016 dan melibatkan usaha ke
arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh selaras dengan visi PIPFN
sementara Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan usaha menjadikan
Malaysia sebagai pusat francais.
4.1.1 PROGRAM PEMBANGUNAN
YANG DITAWARKAN
Bagi memastikan
industri perniagaan francais terus berdaya saing kerajaan telah merangka
beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais.
Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan
Francais Tempatan (PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF) PPFT
menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan
francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang.Melalui program ini,
usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan
boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais. Ia
boleh dibuat melalui perlantikan perunding francais yang berkelayakan untuk
membangunkan serta membimbing peserta untuk menyediakan sistem francais,
mendokumentasi proses dan prosedur kerja, membuka outlet prototaip (contoh) dan
mengambil francaisi.Kos bagi perkhidmatan perunding dibiayai melalui program.
Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan
usahawan tempatan mengambil inisiatif sendiri untuk menukar perniagaan
konvensional mereka kepada perniagaan francais. Melalui dana ini, perniagaan
yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais layak diberi geran
dalam bentuk bayaran balik sehingga 90 peratus dari kos yang digunakan untuk
membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000. Kerajaan juga
mengadakan pelbagai program promosi francais bagi memudah cara francaisor untuk
mengembangkan perniagaan francais. Untuk promosi dalam negara, program seperti
ekspo promosi francais, Francais Komuniti diadakan di seluruh negara untuk
francaisor tempatan mempromosikan francais mereka kepada bakal pelabur sebagai
francais. Francais Komuniti adalah suatu inisiatif untuk mempromosikan francais
mikro supaya lebih ramai dapat menceburkan diri dalam perniagaan francais yang
bernilai bawah RM50,000.
Untuk luar
negara, kerajaan juga menyediakan kemudahan kepada francaisor tempatan
menyertai ekspo francais antarabangsa di pasaran luar negara yang dikenalpasti
sebagai pasaran sasaran iaitu Indonesia, China dan negara-negara Timur Tengah.
Usaha membawa jenama francais tempatan ke persada antarabangsa telah
menghasilkan kejayaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara-negara itu. Contohnya,
konsep kopitiam makin menjadi minat usahawan di Indonesia; jenama seperti Old
Town White Coffee dan Bangi Kopitiam semakin menjadi popular di Jakarta dan
Surabaya dan dua jenama ini telah mempunyai beberapa outlet yang dibuka atau
akan dibuka oleh francaisi Indonesia.
I.
Mewujudkan Kesedaran
a.
Promosi francais Dalam industri francais Malaysia, usaha telah
dilakukan untuk mempromosikan pemfrancaisan kepada francaisor dan francaisi
berpotensi melalui pelbagai media, pameran tahunan dan penerbitan oleh MFA.
Promosi francais melalui pelbagai media (televisyen, surat khabar, radio dan
cetak) melibatkan lawatan ke media, bekerjasama dengan media elektronik dan
media cetak serta mengekalkan hubungan dengan rakan media untuk siaran akhbar
dan sesi temu bual. MFA mempunyai buletin rasmi yang dinamakan Minda Francais
yang diterbitkan setiap dua bulan sekali sebagai kaedah mempromosikan francais
melalui penerbitan. Kini, MFA (dengan sokongan KPDNKK) juga menganjurkan
Francais Antarabangsa Malaysia (“FIM”), iaitu pameran dan persidangan
pemfrancaisan tahunan yang diadakan di Malaysia. Namun, FIM masih ketinggalan
dalam aspek tertentu dibandingkan dengan pameran francais yang diadakan oleh
negara jiran lain (Thailand’s Franchise and Business Opportunities dan FLAsia
Singapore). Perkara ini tampak ketara melalui bilangan peserta francaisnya,
contohnya pada 2009, peserta dalam FIM hanyalah dari lima negara luar manakala
Singapura dan Thailand melibatkan lebih daripada 40 negara.
b.
Anugerah Francais Sebagai satu bentuk pengiktirafan dan
penghargaan, anugerah francais diberikan kepada francaisor dan francaisi yang
memberikan sumbangan dalam industri francais Malaysia. Antaranya ialah Anugerah
Francais Malaysia yang diadakan oleh MFA untuk mengiktiraf sumbangan francaisor
dan francaisi tempatan. Anugerah francais termasuk ‘francaisor terbaik’,
‘francaisi harapan terbaik’ dan ‘usahawan muda terbaik’.Walaubagaimanapun,
setakat ini tiada pengiktirafan diberikan kepada perunding francais dan
pengurus francais atas sumbangan mereka dalam industri francais.
c.
Pencarian
sasaran dalam perusahaan yang lebih besar Perusahaan yang lebih besar biasanya
boleh menawarkan keupayaan pelaburan dan rangkaian perniagaan yang kukuh, imej
korporat yang kukuh, pengalaman perniagaan yang luas dan modal untuk
pembiayaan. Walaubagaimanapun, tiada program kesedaran khas atau pencarian
sasaran yang menggunakan pemfrancaisan sebagai model perniagaan alternatif dan
menarik perusahaan yang lebih besar atau GLC ke dalam industri francais.
II.
Program Pembangunan
a.
Geran untuk pembangunan francais Di Malaysia, geran ini kini
disediakan untuk penukaran francais bagi perniagaan dan latihan francaisi
sebagai usaha menggalakkan pembangunan francais, seperti yang ditawarkan oleh
KPDNKK (dengan PNS sebagai urus setia kepada KPDNKK). Program penukaran
francais ini termasuk Program Pembangunan Francais Tempatan (“PPFT”), Dana
Bantuan Pembangunan Francais (“DBPF”) dan Projek Siap Guna. Bagi latihan
francaisi, KPDNKK menawarkan geran yang boleh membantu menampung kos latihan bagi
skim francais Wanita dan Siswazah.
b.
Skim pinjaman untuk francaisor dan francaisi Pada masa ini, PNS
menawarkan skim pinjaman faedah tersubsidi kepada bakal francaisor dan bakal
francaisi. Skim pinjaman yang ditawarkan kepada bakal francaisor dan francaisi
induk ialah skim pinjaman prafrancais, yang menyediakan bantuan kewangan
sehingga RM2 juta. Untuk francaisor semasa, PNS juga menawarkan skim pembiayaan
francaisor, yang menyediakan pembiayaan sehingga RM2 juta. Walaupun skim
pinjaman prafrancais dan skim pembiayaan francaisor telah diwujudkan sejak
2006, namun kadar pengambilan skim pinjaman PNS ini didapati rendah (15
francaisor mendapatkan pembiayaan di bawah dua skim pinjaman setakat 19 Mac
2010). Terdapat lima skim pinjaman yang ditawarkan kepada bakal francaisi,
iaitu skim Siswazah, Wanita, Belia, Pembiayaan Francaisi dan Eksekutif. Antara
kelima-lima skim ini, skim Siswazah, Wanita dan Belia didapati mempunyai jumlah
pinjaman tak berbayar (“NPL”) yang paling tinggi seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2 (NPL 42 peratus, 40 peratus dan 32 peratus, masing-masing). NPL yang
tinggi bagi tiga skim ini berpunca daripada francaisor yang lemah dan
francaisor yang baru memulakan perniagaan serta tahap kesediaan francaisi yang
rendah.
c.
Saingan pelaburan langsung semasa oleh Kerajaan dengan sektor
swasta Kerajaan Malaysia kini mempunyai pelaburan langsung dalam pemfrancaisan
melalui bahagian pelaburan MyFranchise PNS. Aktiviti pelaburan MyFranchise
termasuk memperoleh hak francais induk, melabur dalam francais kelahiran
tempatan dan membangunkan jenama francais yang baru. Walaubagaimanapun,
sesetengah jenama francais MyFranchise (contohnya, Gloria Jean’s dan 1901 dalam
sektor Makanan& Minuman) dianggap oleh sesetengah francaisor tempatan
sebagai mempunyai saingan langsung dengan sektor swasta.
5.1 SISTEM SOKONGAN
INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
Selama lebih 40 tahun, tumpuan telah
diberikan pada usaha mewujudkan industri francais di Malaysia. Kini, selaras
dengan Agenda Pembangunan Negara telah wujud satu keperluan untuk membawa
industri francais ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Malaysia
sebagai pusat francais serantau untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Oleh yang demikian, satu pelan tindakan yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan
Francais Nasional (PIPFN) telah disediakan bagi mendokong pembangunan industri
francais negara. Sejajar dengan hasrat itu, pada tahun ini industri francais
disasarkan akan menyumbang sebanyak RM24 bilion kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK). Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai peneraju perkembangan
industri francais negara melihat sasaran ini sebagai satu tanda aras yang
realistik. Namun, bagi mencapai matlamat ini, industri francais perlu kukuh.
PNS dari semasa ke semasa berusaha melaksanakan pengukuhan kualiti secara
serentak daripada dalam dan luar organisasi. Antaranya akreditasi Persijilan
ISO 9001:2008, pembinaan prasarana canggih berstatus bangunan hijau di Menara
PNS, programprogram latihan yang bersepadu yang disediakan oleh PNS Academy dan
memperkenalkan beberapa model perniagaan francais unik oleh Unit Pemodenan
Peruncitan. Justeru, bertitik-tolak daripada hasrat untuk sentiasa memberi yang
terbaik pada industri francais, S FokusFokus Fokus Fokus Oleh JABATAN
PERANCANGAN PERNIAGAAN PNS Franchise Summit 2013 Perniagaan francais boleh
mempopularitikan jenama produk KOMPLEMEN PEMBANGUNAN industri francais
julung-julung kalinya PNS akan menganjurkan satu acara berprestij iaitu PNS
Franchise Summit 2013. Acara ini merupakan salah satu inisiatif PNS dalam
menyokong pembangunan industri francais negara selain komplemen aktiviti
francais yang telah dianjurkan oleh beberapa persatuan francais sebelum ini.
PNS Franchise Summit 2013 akan mengumpulkan semua penggiat francais di bawah
satu bumbung. Malah, PNS Franchise Summit 2013 yang bertemakan Nurture, Transform and Expand turut
mengetengahkan trend perniagaan francais terkini dan cabaran-cabaran yang
memberi kesan pada industri francais. Setiap usahawan francais harus melihat
PNS Franchise Summit 2013 sebagai acara penting dalam kalendar perniagaan
mereka. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk mereka berkongsi idea sesama
usahawan francais khususnya dan komuniti perniagaan secara umum. Pada masa yang
sama, acara ini dapat mengumpul dan menggembleng idea bersama di dalam
merancang hala tuju industri francais tempatan.
6.1 CABARAN/HALANGAN
YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN
FRANCAISOR DI
MALAYSIA
Walaupun
industri francais telah lama menapak di Malaysia, namun industri ini masih
dalam proses pembangunan. Oleh yang demikian, ia tidak dapat lari daripada
menghadapi cabaran dan halangan yang datang bagi mencapai matlamat menjadikan
Malaysia sebagai pusat francais dunia menjelang tahun 2020. Namun, setiap
cabaran dan halangan yang datang, pastinya disebabkan oleh kelemahan sesuatu
industri itu. Antara kelemahannya adalah:
a) Kelemahan
Perniagaan Francais Kepada Francaisor
Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan
dan daya saing perniagaan francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan
kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi bukan sekadar di peringkat
awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk seumur hidup
perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi. Apabila francaisi gagal
untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai
nama atau reputasi francaisor akan terjejas. Pihak francaisor pula mungkin akan
menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan seperti bayaran royalti,
bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan sebagainya
apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat.
Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan
kemusnahan ikatan pemfrancaisan.
b) Kelemahan
Perniagaan Francais Kepada Francaisi
Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan
francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan
yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan
menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam aspek
pengendalian perniagaannya. Tambahan pula, pelaburan modal permulaan perniagaan
francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar
untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini. Francaisi juga
mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya,
pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak
pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian
perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun. Apabila perniagaan
francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor
mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor
sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk
membangunkan perniagaannya. Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak
francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan,
pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais
kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan
yang kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu
meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan
beroperasi sendiri. Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan
francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
c)
Perselisihan faham atau pendapat antara francaisor dengan
francaisi Sesetengah francaisor di Malaysia menganggap perniagaan francais yang
berakhir atau ditutup kebanyakannya berpunca daripada masalah dengan francaisi,
seperti:
·
Francaisi kurang komitmen dan kurang melibatkan diri dalam
perniagaan
·
Francaisi tidak mematuhi pengendalian dan standard perniagaan yang
ditetapkan oleh francaisor
·
Sesetengah francaisi menjual produk yang tidak dibenarkan
·
Francaisi berulang kali gagal mematuhi perjanjian francais.
Perkara sebaliknya berlaku kepada sesetengah francaisi yang mana
menganggap kegagalan perniagaan francais mereka berpunca terutamanya kerana :
a)
Francaisor tempatan tidak memainkan peranannya untuk menyokong
francaisi.
b)
Tiada sistem infrastruktur sokongan francais yang kukuh dan
terbukti berkesan (contohnya, tiada sistem sokongan pusat, tiada lawatan tetap
oleh eksekutif francais untuk menyokong francaisi)
c)
Tiada jenama francais yang kukuh (contohnya, francaisor tertentu
tiada komitmen untuk melabur dalam perbelanjaan pengiklanan dan promosi)
7.1 MASA HADAPAN
INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA
TRANSFORMASI yang dijalankan oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya
saing industri francais di negara ini. Antara inisiatif yang dijalankan oleh
PNS adalah seperti pembinaan jenama francais tempatan, bengkel-bengkel, ekspo
dalam dan luar negara serta pembangunan akademi.Inisiatif tersebut selari
dengan hasrat kerajaan di samping meningkatkan saingan industri francais tatkala
kita berhadapan dengan saingan global. Di samping itu, kerajaan telah
menetapkan satu agensi khusus bagi membantu usahawan francais dari segi
pembiayaan perniagaan. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan satu bukti yang kukuh
malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industri francais. Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional pada 10 Januari 2012.
Pelan induk tersebut merupakan inisiatif dan strategi yang bertujuan untuk
merancakkan lagi usaha kerajaan dalam memperkasakan francais nasional.
Seterusnya, kerajaan berharap untuk
menjadikan Malaysia pusat francais bagi pasaran Asia Tenggara menjelang tahun
2020.Industri francais sedikit sebanyak telah menyumbang kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM24.6 bilion dan dijangka terus meningkat dengan
kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).
Dengan pencapaian industri francais setakat ini, namun masih terdapat ruang
untuk penambahbaikan.Secara tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan
malah mempertingkatkan perniagaan francais tempatan.Didapati juga masyarakat
kini semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan program dan
pendedahan yang dijalankan oleh kementerian. Di samping itu, terdapat 523
jenama francais tempatan dan bilangannya semakin meningkat. Pihak kerajaan juga
menerima banyak permohonan daripada syarikat-syarikat asing iaitu sebanyak 198
jenama.Sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang berdaftar dengan pihak
kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus merupakan jenama asing.
Penerimaan jenama francais Malaysia di luar negara juga semakin meningkat iaitu
sebanyak 60 jenama francais tempatan di 55 negara.Jenama francais Malaysia dilihat
mempunyai potensi besar dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran
wang serta eksport produk tempatan ke negara luar.industri francais di negara
ini lebih belajar untuk berdikari dan berdiri sendiri serta kurang pergantungan
terhadap kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti francais. Kerajaan telah
mengenal pasti faedah yang dibawa oleh francais, lalu memperkenalkan skim
kredit serta insentif cukai bagi meningkatkan industri ini. Pembentukan Pelan
Rangka Perkembangan Francais Negara merupakan salah satu inisiatif untuk
mempertingkatkan industri ini dengan lebih jauh. Pelan yang meliputi tempoh
selama 10 tahun sehingga tahun 2020 ini telah membentuk haluan industri ini
agar ia sejajar dengan agenda ekonomi negara. Selain menjamin perkembangan industri
francais pada kadar optimum, ia juga menyemai pakar-pakar modal insan bagi
sektor francais. Pelan rangka ini juga mengandungi rancangan untuk mengubah
perniagaan melalui francais, mempertingkatkan daya saingan francais di Malaysia
serta menubuhkan eko-sistem francais yang dinamik.
8.1 KESIMPULAN
Industri Fancais Malaysia menunjukkan perkembangan positif kerana menembusi
pasaran global dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa apabila 59 produk
tempatan berjaya mengembangkan perniagaan di 53 buah negara. Kerajaan Malaysia
memberikan fokus kepada pembangunan industri francais di Malaysia sejak di
bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengorak
langkah memperkenalkan francais pada 1993. “Industri ini mempunyai potensi yang besar tetapi tahap kesedaran rakyat
Malaysia mengenainya masih kurang pada waktu itu. Pengguna pada ketika itu
mengenali produk francais luar negara seperti KFC, Mc Donald’s dan banyak lagi.
Hasilnya, aliran tunai di dalam negara mengalir keluar melalui yuran dan
royalti kepada francaisor atau pemilik jenama tersebut,” katanya.Bagaimanapun
kini rakyat Malaysia memahami mengenai perniagaan francais dan setiap tahun
penyertaannya semakin meningkat. “Setakat
ini jumlah francaisor tempatan adalah 29 peratus melibatkan Bumiputera dan 71
adalah bukan Bumiputera. Francaisinya pula kebanyakannya adalah
Bumiputera.Produk tempatan terutamanya jenis makanan dan minuman mudah memasuki
negara luar kerana jenamanya dan Malaysia adalah sebuah negara Islam.“Status
halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga
diiktiraf dunia dan memberikan kelebihan kepada usahawan francais tempatan
untuk menerokai pasaran luar negara. Kelebihan yang dimiliki Malaysia
seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh usahawan francais untuk memasarkan
jenama mereka ke pasaran dunia terutama di Timur Tengah dan negara majoriti
penduduk Islam.
RUJUKAN
1) Rujukan Utama
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional
2) Internet
3)
http://www.life.malayia.my/articles/perniagaa/francais
4)
http://www.kpdnkk.gov.my
5)
http://www.mfa.com
6)
Sinar Harian Arkib:04 ogos 2014
7)
Booklet Malaysian Francaise Association
Tiada ulasan:
Catat Ulasan